PUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDIPUSAT TAHFIZ AL-KHOLIDI

Followers

Friday, July 16, 2010

CERAMAH USTAZ AZHAR: BEKAL MATI (Part 2)

| Post views: counter
amal jariah ku
(since 28/12/2010)


 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t



Di sini saya ingin berkongsi apa yang saya dengar melalui ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus yang bertajuk Bekal Mati. Ceramah penuh anda boleh download di link ini:

CERAMAH MP3: BEKAL MATI


Part 1

 Kesimpulan yang diperolehi dari apa yang cuba disampaikan :

1) Tahap pengetahuan dalam Ilmu Agama terbahagi kepada 2 yang utama:
      a) Ilmu Orang Awam : Ilmu diperingkat yang umumnya diketahui ramai
      b) Ilmu Ulamak-ulamak : Ilmu yang perlu dipelajari melalui guru-guru yang mursyid ( Tahap pengetahuan yang lebih tinggi)
                                            
2) Berdasarkan daripada Hadis Nabi, apabila matinya anak Adam akan terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara iaitu:
      a) Sedekah amal jariah
      b) Ilmu yang bermanfaat
      c) Doa anak-anak yang soleh yang mendoakannya

3) Ilmu yang bermanfaat ialah mengajar atau berkongsi ilmu yang mendatangkan kebaikan untuk kebaikan Dunia dan Akhirat.

4) Ilmu untuk Akhirat seperti mengajar seseorang membaca Al-Quran. Dengan sebab ilmu yang diperolehi itu dia dapat mengaji Quran, sembahyang... Apabila orang yang mengajar itu mati setiap kali orang yang diajar itu mengaji dan sembahyang pahala akan diperolehinya walaupun jasadnya telah mati.

5) Perbanyakkan mengajar ilmu bermanfaat kepada ramai orang walaupun dengan hanya mengajar membaca Bismillahirrahmanirrahiim  (بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ) dengan cara yang betul. Dikhuatiri sekiranya orang yang diajar juga turut mati, ilmu terputus di situ sahaja. Ajarlah kepada ramai orang.

6) Ilmu yang bermanfaat untuk Dunia termasuk dalam Fardhu Kifayah seperti mengajar ilmu berurut orang yang patah, kedoktoran, kejuruteraan dan sebagainya.

7) Ilmu yang diajar tetapi bersalahan dalam Islam (tidak menurut syarak) juga tidak akan putus walaupun telah mati. Setiap kali orang yang diajar mengamalkannya orang yang mengajarnya akan diseksa di dalam kubur. Contoh mengajar ilmu berlakon, nyanyian yang haram, mencuri...

8) Bahan- bahan yang haram ditinggalkan seperti lagu-lagu haram nyanyian, filem lakonannya, kaset-kaset dan seumpamanya. Setiap kali lagu diputarkan dan filem lakonan ditayangkan, orang tersebut akan diseksa di dalam kubur.

9) Bahan-bahan yang bermanfaat yang ditinggalkan seperti kaset bacaan Al-Quran. Setiap kali orang memasangnya walaupun telah mati pahala sentiasa mengalir kepadanya.

10) Berusaha sebaik mungkin untuk mencari peluang dan merebut peluang untuk membuat ketiga-tiga amal ini.
     a) Sedekah amal jariah : Bersedekah untuk masjid/surau, mewakafkan tanah untuk membina masjid/surau, pusat tahfiz... bersedekah kepada fakir miskin, anak-anak yatim...
     b) Mengajar ilmu yang bermanfaat : Ajar kepada ramai orang
     c) Doa anak yang soleh :  Anak yang beriman dan Islam. Bukan anak yang telah rosak Aqidahnya






Didiklah dan bentukkanlah anak-anak kita supaya menjadi anak yang soleh. Jika dilihat anak-anak kita sekarang siapakah diantara mereka yang akan menjadi anak-anak yang soleh... Adakah sikap anak-anak selalu merisaukan hati kita atau menjadi anak-anak penyejuk mata kita ? Fikir-fikirkanlah....

Cukup setakat ini... nanti kita berkongsi lagi...

Untuk mendengar ceramah penuh anda boleh dengar melalui MP3 player ini:



Powered by eSnips.com




Wassalam...


Rosniza Jusoh

No comments: