Followers

Friday, July 30, 2010

MY ADVENTURE BOOK


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيم


Assalamualaikum w.b.t.






Salam di Hari Jumaat yang mulia ini... Semoga mendapat Rahmat dan Keberkatan dari Allah S.W.T...
Hari Jumaat hari yang ditunggu-tunggu... Beruntungnya kaum lelaki Muslimin kerana mendapat fadhilat dan pahala yang banyak pada Hari Jumaat... tetapi ramai yang melepaskannya...Selain daripada itu, Hari Jumaat pada ku.. hari melepaskan kerinduan... kerinduan kepada anak sulong ku yang sedang belajar di Kedah... Cuma Hari Jumaat sahaja aku dibenarkan menelefon dirinya untuk bertanya khabar...

Tetapi hari ini ku pendamkan sahaja kerinduan ini... Sengaja ku biarkan rindu ini bersarang... Biarlah anak ku menjadi orang yang lebih TABAH dan hatinya lebih CEKAL... Doa ibu Along menjadi HAMBA ALLAH yang SOLEH dan cita-cita mu untuk menjadi AHLI SYURGA akan dimakbulkan ALLAH S.W.T...

Perkongsian hari ini lebih berbentuk santai... Perjalanan sebuah kehidupan... Bila menonton animasi ini ... hati ku terdetik... Dahulu... aku selalu menulis di dalam diari tentang kisah kehidupan ku... kisah suka duka... pahit manis... rindu dendam... kasih sayang dan pengharapan...

Wednesday, July 28, 2010

USTAZ YUNUS KAMARUDDIN - MEMELIHARA LIDAH

smslån
amal jariah ku
(since 28/12/2010)


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t...

                                        

Perkongsian hari ini hasil saya mendengar kuliah yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Yunus Kamaruddin, Mudir Pusat Tahfiz Al-Kholidi, Ukay Bistari, Ampang, Selangor... mengenai "MEMELIHARA LIDAH"..

Diantara kesimpulan dari kuliah tersebut ialah:

1) Jangan mengata orang atau binatang walaupun perkara itu betul... Dilarang mengejek apa yang ada pada orang lain walaupun hanya terdetik di hati seperti melihat orang pendek melintas di hadapan kita... lalu di dalam hati berkata.. "Eh! pendeknya orang tu.." Seolah-olah kita mengejek ciptaan Allah... Pendek atau tinggi sifat kejadian seseorang telah ditentukan Allah... Oleh itu hati hendaklah Redha... Terima apa yang telah ditentukan Allah...

Monday, July 26, 2010

USTAZ AZHAR IDRUS - BEKAL MATI (Part 2)

Powered by amal jariah ku.
(since 28/12/2010)


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ



Rasulullah berpesan “ Sampaikan dari ku walau pun satu ayat..”

Sambungan daripada ceramah “BEKAL MATI”….

1) Terdapat khilaf diantara ulamak mengenai menghadiahkan sedekah,doa, bacaan Al-Quran atau apa sahaja amalan yang baik di mana pahalanya diniatkan kepada si mati. Apapun niat mestilah IKHLAS bukan kerana upah atau pun mengharap ganjaran seperti ada sesetengah keluarga si mati mengupah orang untuk membaca Al-Quran dan diniatkan untuk si mati sehingga khatam dan seumpamanya seperti mengadakan doa tahlil.

2) Memberi pahala adalah HAK Allah s.w.t… Bukannya satu KEWAJIPAN Allah mesti memberi pahala… Dengan izin Allah… Insyallah setiap amalan baik yang ikhlas niatnya akan diberi pahala oleh Allah… Begitulah pengharapan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa berdosa.. Mudah-mudahan diberi pahala dengan izin Allah... dan dengan sifat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

3) Oleh itu INGATLAH!!! Jangan diingat biarlah hidup sekarang penuh dosa…

Friday, July 23, 2010

WANITA YANG DILAKNATI ALLAH

cash
amal jariah ku
(since 28/12/2010)


 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t..

PERKONGSIAN DI HARI JUMAAT...



...Ketika saya asyik melayari facebook, terdengar kuliah jumaat di TV mengenai kemurkaan Allah terhadap wanita dan dimasukkan ke dalam neraka kerana perbuatan tersebut... Diantara perbuatan tersebut ialah melukis atau mencacah tatu pada badan... Mungkin ramai yang tidak menyedari telah ramai anak-anak gadis muslim yang melakukan perkara ini tanpa menyedari yang hukumnya HARAM.

Budaya di dalam perkahwinan sekarang bukan lagi mengikut Syarak sepenuhnya. Ramai yang terikut-ikut dengan persandingan dan berinai sehingga habis duit beribu-ribu menempah pelamin sedangkan dosa yang diperolehi lebih dari berjuta... Kasihan si suami baru sehari menjadi suami telah menanggung berjuta dosa akibat si isteri.

Berhias diri, berdandan, bersolek, memakai pakaian yang cantik hanya tatapan si suami sahaja.. tetapi bila bersanding berapa banyak mata yang bukan muhrim yang memandang... walaupun bertudung litup... apalagi yang mendedahkan aurat...

Begitu juga dengan berinai... Sekadar memakainya pada jari kuku adalah harus dan boleh jatuh makruh kalau niat untuk menunjuk-nunjuk... dan HARAM bila melukisnya di tapak tangan, di kaki... Itu sudah diibaratkan tatu... Ramai yang beranggapan tatu adalah apa yang dilukis yang berbentuk kekal... awasilah juga anak-anak kecil yang menampal tatu tiruan pada badan kerana perbuatan itu adalah HARAM...

Selain itu perbuatan mengasah gigi juga turut dilaknati oleh Allah kerana mengubah ciptaanNYA... melainkan perkara itu memudaratkan seperti membetulkan mulut yang sumbing...

Perbuatan mencabut bulu kening adalah perbuatan yang HARAM walaupun diniatkan untuk berhias atau mencantikkan diri kerana suami. Isteri boleh melanggar perintah suami sekiranya suami yang menyuruh melakukan kerana ingin dilihat cantik... kerana perbuatan itu adalah HARAM...

Wanita yang memakai rambut palsu juga adalah yang dimurkai ALLAH... Walaupun kepala botak mungkin disebabkan penyakit seperti akibat rawatan kimoterapi tidak boleh memakai rambut palsu... Pakailah jilbab..

Wanita yang keluar dari rumah dengan memakai bau-bauan yang wangi,berhias, bersolek, memakai baju yang berenda, bermanik, tidak menutup aurat dengan sempurna seperti tidak berstokin akan dilaknati dan dimurkai oleh Allah dan semua makhluk Allah di langit dan di bumi termasuk di lautan akan melaknatinya sehingga dia pulang semula ke rumah.

 Begitu juga wanita yang keluar rumah tanpa izin suaminya setiap langkahnya dilaknati semua makhluk ciptaan Allah di langit, di bumi dan di lautan. Segala amalannya walaupun sembahyang kepada Allah tidak akan diterima... tetapi sembahyang itu wajib juga dilakukan kerana itu adalah KEWAJIPAN utama sebagai HAMBA ALLAH S.W.T...

Oleh itu sebagai isteri hendaklah menunaikan HAK suami, menjaga hartanya dan anak-anaknya serta maruahnya...

Tanggungjawab menjaga, mengasuh dan mendidik anak-anak terletak di bahu ibu kerana Allah menganugerahkan sifat kasih sayang dan perasaan keibuan kepada wanita. Oleh itu HAK PENJAGAAN anak-anak diberi keutamaan kepada isteri bukannya suami jika berlaku perceraian atau kematian. Si isteri dan keluarga perempuan sebelah isteri lebih berhak kerana bentuk pendidikan dan pemberian kasih sayang daripada acuan yang sama daripada sebelah isteri. Keutamaan dalam turutan ialah :
  • Isteri @ ibu kepada anak-anak
  • Ibu kepada isteri @ nenek sebelah ibu kepada anak-anak
  • Adik-beradik perempuan isteri @ ibu saudara sebelah ibu kepada anak-anak
  • Suami @ ayah kepada anak-anak
Sekiranya kita kaji balik Islam Itu Indah... Ada sebab musabab diperintahkan begitu... Si isteri menerima didikan, asuhan dan kasih sayang seorang ibu dari ibunya sendiri... Jadi sedikit sebanyak bentuk didikan dan kasih sayang yang dicurahkan kepada anak-anak dicontohi daripada ibunya...

Sekiranya si isteri tiada atau hilang hak maka hak berpindah kepada ibu kepada isteri... supaya anak-anak tidak merasa jauh cara asuhan yang diterima dengan ibunya sendiri... Sekiranya ibu kepada isteri telah tiada atau hilang haknya... seterusnya hak penjagaan jatuh kepada adik-beradik perempuan isteri... Ini kerana adik-beradik perempuan juga menerima asuhan, didikan dan kasih sayang daripada ibu yang sama dengan isteri... Yang keempat barulah jatuh ke atas suami atau ayah kepada anak-anak...

Janganlah dipertikaikan hak yang telah ditentukan Allah ke atas HAMBANYA... DIA yang menciptakan hambanya dan MAHA MENGETAHUI terhadap sesuatu yang diciptaNYA...

Walaupun HAK PENJAGAAN SUAMI jatuh ke tangga yang keempat tetapi HAK MEMBERI NAFKAH kepada anak-anak walaupun di bawah penjagaan isteri/ibu isteri atau adik-beradik perempuan isteri adalah yang PERTAMA... JANGAN DIABAIKAN...

Terimalah perkongsian ku hari ini... Semoga bermanfaat untuk kita semua... Mohon maaf atas segala kesalahan...


Wassalam


rosniza jusoh

RUH KEMBALI

cash
amal jariah ku
(since 28/12/2010)


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t...



Benarkah Ruh si mati boleh kembali semula? Kita sering mendengar orang-orang tua selalu mengatakan ruh si mati akan kembali ke rumahnya pada malam Jumaat. Benarkah begitu? Atau sekadar untuk menakutkan? Tapi kenapa perlu takut? Ruh itu bukannya hantu. Diri ini bernyawa kerana adanya Ruh. Bila Ruh keluar daripada badan, maka jasad tiada lagi bernyawa... dan jasad ini pun mati...

Daripada ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idris (BEKAL MATI), ada Hadis yang mengatakan adanya Ruh kembali semula pada malam Jumaat tetapi Hadis itu sanadnya lemah dan dikategori sebagai Hadis Dhaif. Menurut Imam Nawawi Hadis Dhaif tidak boleh untuk dibuat berhujah atau memberi fatwa dalam HUKUM tetapi boleh digunakan untuk mengingatkan orang lain tentang Akhirat supaya tidak melupakan Akhirat dan juga untuk menggalakkan orang lain memperbanyakkan amalan yang bermanfaat.

Ruh orang yang BERIMAN akan diangkat naik ke langit. Orang mati yang meninggalkan hutang Ruhnya tergantung-gantung selagi hutangnya tidak diselesaikan. Oleh itu menjadi kewajipan waris yang tinggal untuk melangsaikan segala hutang piutang si mati dengan harta yang ditinggalkannya sekiranya ada. Sekiranya tiada harta, waris hendaklah berusaha membayarnya.

Oleh itu hidup janganlah dikelilingi HUTANG kerana akan menyusahkan diri dan waris kita kelak. Semua orang akan mati... Cuma masanya belum tiba lagi... Ada duit menjadi kewajipan dan keutamaan untuk membayar hutang terlebih dahulu. Sebaik-baiknya sebelum kita tidur cuba maafkan diri sendiri dan semua orang yang pernah membuatkan kesalahan pada diri kita dan menghalalkan semua orang yang ada berhutang dengan kita... manalah tahu tidurnya kita malam itu adalah saat terakhir kita hidup... Sekiranya esok pagi umur kita masih dipanjangkan Allah.. buka balik buku orang yang berhutang dengan kita..

Ada 2 perkara yang naik ke langit iaitu Ruh orang yang BERIMAN dan juga DOA yang dipanjatkan ke hadrat ILLAHI...

Ruh orang yang mengaku ISLAM dan BERIMAN tetapi melawan HUKUM ISLAM tidak akan diangkat ke langit. Diantara yang selalu diambil ringan seperti menolak hak suami untuk kahwin lagi. Allah telah membenarkan suami boleh berkahwin sampai 4 orang. Sesiapa menolak atau menentang hak yang telah dibenarkan dalam Islam dianggap telah menentang ISLAM. Berlainan dengan orang yang menerima hak itu tetapi dia bukan menentang hukum Allah tetapi menentang atas kemampuan suami untuk memberi nafkah sekiranya tidak layak... bukannya menentang HAK yang telah diberi oleh ALLAH...

Sama juga kalau menentang HUKUM HUDUD dan digantikan dengan HUKUM SIVIL yang mana bukannya HUKUM ALLAH... Sekiranya pesalah membunuh dihukum mati mengikut HUKUM SIVIL bukan kerana mengikut HUKUM ALLAH.. di Akhirat nanti tetap juga akan disiksa dan dipersoalkan.. Walaupun bentuk hukuman sama juga dengan HUKUM ALLAH... (orang yang membunuh orang lain hendaklah dibunuh balik...) sebagaimana ALLAH BERFIRMAN dalam Surah Al-Maidah, ayat 45...

"وَكَتَبۡنَا عَلَيۡہِمۡ فِيہَآ أَنَّ ٱلنَّفۡسَ بِٱلنَّفۡسِ وَٱلۡعَيۡنَ بِٱلۡعَيۡنِ وَٱلۡأَنفَ بِٱلۡأَنفِ وَٱلۡأُذُنَ بِٱلۡأُذُنِ وَٱلسِّنَّ بِٱلسِّنِّ وَٱلۡجُرُوحَ قِصَاصٌ۬‌ۚ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِۦ فَهُوَ ڪَفَّارَةٌ۬ لَّهُ ۥ‌ۚ وَمَن لَّمۡ يَحۡڪُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ (٤٥) وَقَفَّيۡنَا عَلَىٰٓ ءَاثَـٰرِهِم بِعِيسَى ٱبۡنِ مَرۡيَمَ مُصَدِّقً۬ا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ مِنَ ٱلتَّوۡرَٮٰةِ‌ۖ وَءَاتَيۡنَـٰهُ ٱلۡإِنجِيلَ فِيهِ هُدً۬ى وَنُورٌ۬ وَمُصَدِّقً۬ا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ مِنَ ٱلتَّوۡرَٮٰةِ وَهُدً۬ى وَمَوۡعِظَةً۬ لِّلۡمُتَّقِينَ "

Terjemahannya :
 Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa dan mata dibalas dengan mata dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga dan gigi dibalas dengan gigi dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (45)

Orang yang tidak melaksanakan HUKUM ALLAH adalah orang yang ZALIM. Kata siapa? Kata ALLAH... Buktinya telah tertulis dalam Surah Al-Maidah...
Sebagai orang Islam... Janganlah melawan HUKUM ISLAM walaupun ianya dibawa oleh seekor binatang. Sekiranya ada fatwa atau hukum yang dikeluarkan oleh Pemerintah atau Imam Besar sekalipun tetapi menolak HUKUM ALLAH adalah HARAM untuk dituruti...

Marilah kita sama-sama merenung ke dalam diri masing-masing di manakah diri kita... Apalagi di hari Jumaat yang mulia ini... Semoga perkongsian ini memberi ILMU yang BERMANFAAT untuk kita semua...



Wassalam...

rosniza jusoh
bandar tasik puteri

Wednesday, July 21, 2010

PERGI TIDAK KEMBALI

cash
amal jariah ku
(since 28/12/2010)


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah dapat kita bersambung semula untuk memahami isi kandung ceramah yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Azhar Idrus bertajuk BEKAL MATI...




Seterusnya....

1) Anak soleh mengikut pendapat Imam Nawawi ialah anak yang BERIMAN dan beragama ISLAM walaupun fasik kerana sebagai hambaNYA kita tidak terlepas daripada melakukan dosa... Tetapi bukan yang telah rosak Aqidahnya umpamanya menentang HUKUM ALLAH seperti HUKUM HUDUD...

2) Cuba-cuba perhatikan anak-anak kita sekarang... Siapakah diantara mereka yang telah menjadi anak yang soleh ?

3) Berpesanlah kepada anak-anak supaya sentiasa mendoakan kebaikan ke atas ibubapa sekurang-kurangnya selepas solat 5 waktu... Semoga amalan itu berterusan walaupun kita telah mati... Jangan diharap selepas mati sahaja... Dikhuatiri ia bukan menjadi satu kebiasaan buat anak-anak... kerana manusia MUDAH LUPA....

4) Sekiranya tiada zuriat sendiri... jadikanlah anak-anak yatim, anak orang miskin, anak-anak pengajian sekolah agama, anak-anak pengajian tahfiz sebagai anak angkat. Bantu pembiayaian pengajiannya setakat yang mampu.. Mudah-mudahan ia menjadi amalan yang soleh dan mereka juga menjadi anak yang soleh... Kita yang membantunya juga akan mendapat sahamnya walaupun sekadar anak angkat...

5) Bersikap perihatin kepada anak-anak yatim, anak miskin, anak-anak pengajian agama/tahfiz yang susah... kerana mungkin sikap mereka yang tidak meminta-minta...

6) Walaupun begitu pahala amalan yang soleh boleh lupus sekiranya kita menzalimi, memfitnah, menganayai, merampas hak orang lain, menyakiti hati orang lain dan seumpamanya... Pahala amalan soleh kita akan diberi kepada orang yang kita zalimi, khianati... Malah dosa yang dilakukan oleh mereka pula yang terpaksa kita ambil. Inilah yang dikatakan golongan MUFLIS di Akhirat nanti... Mudah-mudahan kita tidak tergolong dalam golongan tersebut. Amiiin...

7) Sekiranya tiada bekal mati yang dibawa maka terjilat-jilatlah... ( jilat jari je ler...) dan berputih matalah sahaja... Umpama hidup di dunia ini kita melihat kesenangan orang lain berkereta mewah, berumah besar... tetapi kita tiada wang maka berputih mata sahajalah... Cuma dapat melihat kesenangan orang lain... Bukan sama-sama menikmatinya...

 8) Diantara amalan-amalan yang dikira sedekah jariah seperti:
  1. Membuat telaga/perigi untuk kemudahan orang ramai. Selagi mana perigi itu digunakan selagi itu pahala akan diperolehi. Sekiranya orang yang ditinggalkan tahu bahawa perigi itu untuk wakaf tidak boleh ditutup atau dikambus tanpa sebab yang darurat di sisi Islam.
  2. Mengajar orang lain ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan dunia dan akhirat.
  3. Membuat parit atau sungai untuk kegunaan ramai.
  4. Menjirus tanam-tanaman. Selagi pokok yang dijirus itu hidup dan memberi manfaat kepada makhluk lain tidak kira manusia, haiwan, tumbuhan lain dan semua makluk Allah yang ada ... Insyallah akan mendapat ganjaran pahala...
  5. Membina masjd/surau... atau membantu dalam usaha untuk membina masjid/surau, pondok-pondok agama, sekolah agama dan seumpamanya. Begitu juga dengan masjid/surau atau pondok-pondok agama yang diwakafkan tidak boleh dirobohkan tanpa sebab yang darurat di sisi Islam. Orang yang merobohkan RUMAH ALLAH adalah BERDOSA BESAR....
  6. Meninggalkan Kitab-kitab Al-Quran untuk dibaca seperti sedekahkan kepada masjid/surau, pusat-pusat tahfiz dan sebagainya... Satu huruf yang dibaca kita juga mendapat satu pahala... Meninggalkan buku-buku agama, risalah agama, kaset agama dan sebagainya yang mana ilmu itu memberi manfaat dan tidak HARAM dari Syarak.  
* Oleh itu adalah HARAM meninggalkan buku-buku, majalah-majalah, vcd yang HARAM isi kandungnya dari HUKUM SYARAK seperti ada gambar-gambar yang mendedahkan aurat, perkara yang melalaikan, aksi yang menjolok mata dan sebagainya... Kalau ada hendaklah DIBAKAR SEKARANG kerana kita tidak tahu bila kita akan mati... Hidup sentiasa diintai KEMATIAN...

MATI itu PASTI... Mungkin sesaat lagi... mungkin esok... atau lusa... Sedarlah SETIAP DETIK YANG BERLALU... Mendekatkan kita dengan KEMATIAN.... TIDAK DAPAT DITUNDA ATAU DIPERCEPATKAN WALAU SESAAT PUN....

Ramai yang mencari untuk BEKALAN DI MASA HADAPAN... Bilakah kesudahan masa hadapan? Masa hadapan sekarang adalah esok... esok masa hadapannya lusa... lusa masa hadapannya... Sebenar-benar MASA HADAPAN KITA ADALAH KEMATIAN.... APAKAH BEKAL MATI KITA???

Dengar-dengarkan nasyid dari Rabbani ini.... Hayatilah liriknya... Semoga Allah mencucuri RAHMAT KE ATAS ROH ARWAH USTAZ MOHAMAD ASRI IBRAHIM.... Dengan harapan jua nasyid yang ditinggalkan ini menjadi amalan soleh beliau. Amiiin...


video



Wassalam....



rosniza jusoh
Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor





Friday, July 16, 2010

CERAMAH USTAZ AZHAR: BEKAL MATI (Part 2)

amal jariah ku
(since 28/12/2010)


 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t



Di sini saya ingin berkongsi apa yang saya dengar melalui ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus yang bertajuk Bekal Mati. Ceramah penuh anda boleh download di link ini:

CERAMAH MP3: BEKAL MATI


Part 1

 Kesimpulan yang diperolehi dari apa yang cuba disampaikan :

1) Tahap pengetahuan dalam Ilmu Agama terbahagi kepada 2 yang utama:
      a) Ilmu Orang Awam : Ilmu diperingkat yang umumnya diketahui ramai
      b) Ilmu Ulamak-ulamak : Ilmu yang perlu dipelajari melalui guru-guru yang mursyid ( Tahap pengetahuan yang lebih tinggi)
                                            
2) Berdasarkan daripada Hadis Nabi, apabila matinya anak Adam akan terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara iaitu:
      a) Sedekah amal jariah
      b) Ilmu yang bermanfaat
      c) Doa anak-anak yang soleh yang mendoakannya

3) Ilmu yang bermanfaat ialah mengajar atau berkongsi ilmu yang mendatangkan kebaikan untuk kebaikan Dunia dan Akhirat.

4) Ilmu untuk Akhirat seperti mengajar seseorang membaca Al-Quran. Dengan sebab ilmu yang diperolehi itu dia dapat mengaji Quran, sembahyang... Apabila orang yang mengajar itu mati setiap kali orang yang diajar itu mengaji dan sembahyang pahala akan diperolehinya walaupun jasadnya telah mati.

5) Perbanyakkan mengajar ilmu bermanfaat kepada ramai orang walaupun dengan hanya mengajar membaca Bismillahirrahmanirrahiim  (بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ ) dengan cara yang betul. Dikhuatiri sekiranya orang yang diajar juga turut mati, ilmu terputus di situ sahaja. Ajarlah kepada ramai orang.

6) Ilmu yang bermanfaat untuk Dunia termasuk dalam Fardhu Kifayah seperti mengajar ilmu berurut orang yang patah, kedoktoran, kejuruteraan dan sebagainya.

7) Ilmu yang diajar tetapi bersalahan dalam Islam (tidak menurut syarak) juga tidak akan putus walaupun telah mati. Setiap kali orang yang diajar mengamalkannya orang yang mengajarnya akan diseksa di dalam kubur. Contoh mengajar ilmu berlakon, nyanyian yang haram, mencuri...

8) Bahan- bahan yang haram ditinggalkan seperti lagu-lagu haram nyanyian, filem lakonannya, kaset-kaset dan seumpamanya. Setiap kali lagu diputarkan dan filem lakonan ditayangkan, orang tersebut akan diseksa di dalam kubur.

9) Bahan-bahan yang bermanfaat yang ditinggalkan seperti kaset bacaan Al-Quran. Setiap kali orang memasangnya walaupun telah mati pahala sentiasa mengalir kepadanya.

10) Berusaha sebaik mungkin untuk mencari peluang dan merebut peluang untuk membuat ketiga-tiga amal ini.
     a) Sedekah amal jariah : Bersedekah untuk masjid/surau, mewakafkan tanah untuk membina masjid/surau, pusat tahfiz... bersedekah kepada fakir miskin, anak-anak yatim...
     b) Mengajar ilmu yang bermanfaat : Ajar kepada ramai orang
     c) Doa anak yang soleh :  Anak yang beriman dan Islam. Bukan anak yang telah rosak Aqidahnya






Didiklah dan bentukkanlah anak-anak kita supaya menjadi anak yang soleh. Jika dilihat anak-anak kita sekarang siapakah diantara mereka yang akan menjadi anak-anak yang soleh... Adakah sikap anak-anak selalu merisaukan hati kita atau menjadi anak-anak penyejuk mata kita ? Fikir-fikirkanlah....

Cukup setakat ini... nanti kita berkongsi lagi...

Untuk mendengar ceramah penuh anda boleh dengar melalui MP3 player ini:



Powered by eSnips.com




Wassalam...


Rosniza Jusoh

Wednesday, July 14, 2010

MUKJIZAT AL-QURAN

amal jariah ku
(since 28/12/2010)


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t.

Sesungguhnya kita lazimnya tahu Al-Quran itu adalah MUKJIZAT YANG PALING BESAR DAN BERKEKALAN SEHINGGA HARI AKHIRAT... Itulah Anugerah daripada Yang Maha Pencipta untuk hambaNya... diberi melalui Rasulullah yang dicintai... Disampaikan oleh Malaikat Jibrail kepada kekasihnya. Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W...

Melihat Al-Quran sahaja sudah mendapat pahala... Apalagi membacanya dan mengajar kepada orang lain... Setiap satu huruf mendapat 10 ganjaran pahala. Baca Bismillahirrahmanirrahiim sudah mendapat 190 ganjaran pahala. Belum lagi satu Surah Al-Fatihah... Apatah lagi kalau membaca satu surah panjang seperti Surah Al-Mulk... Dibaca dalam keadaan berwudhuk satu huruf 50 ganjaran pahala dan sekiranya dibaca di dalam solat satu huruf 100 ganjaran pahala...

Tetapi sayang pahala itu kita tidak nampak... Kalaulah pahala itu kita nampak umpama duit... pasti ramai yang berebut-rebut untuk membaca Al-Quran...

TRANSLATOR UNTUK BLOG INI

amal jariah ku
(since 28/12/2010)


Assalamualaikum w.b.t


Hasil tangan Aqila Kemanjaan Ku..

Alhamdulillah akhirnya dapat juga saya upload widget TRANSLATOR untuk translate blog ini. Setelah sekian lama saya menghadap pc ni kerana mencari kod yang betul. Anda boleh translate mengikut bahasa dan negara anda.... Happy viewing my blog...

Untuk percubaan sila translate Surah Al-Mulk ini berdasarkan bahasa yang anda ingini.

Tuesday, July 13, 2010

FADHILAT SURAH AL-MULK

amal jariah ku
(since 28/12/2010)


Assalamualaikum w.b.t




Diantara fadhilat Surah Al-Mulk ialah:

a) Memberi Syafaat Bagi Yang Membacanya

Rasulullah S.A.W bersabda:
 "Ada satu surah dari Al-Quran yang terdiri dari 30 ayat yang dapat memberi syafaat kepada seseorang, sehingga dosanya diampuni. Surah itu ialah Tabarakallazi Biyadihil Mulku..."
(HR. Ahmad, Abu Daud, At Tarmizi, An Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan Al-Hakim.)

b) Terhindar Seksa Kubur

Rasulullah S.A.W bersabda:
" Surah Al-Mulk adalah pencegah, ia adalah penyelamat yang menyelamatkan pembacanya dari seksa kubur." (HR At Tirmizi)

c) Dianjurkan Rasulullah Menghafalnya.

Rasulullah S.A.W bersabda:
"Saya suka supaya surah ini (Tabarakallazi Biyadihil Mulku) terdapat dalam hati tiap-tiap orang mukmin"  (HR Al-Hakim)


Oleh itu marilah kita sama-sama membacanya, memahami terjemahannya dan sebaik-baiknya menghafalnya supaya cahayanya sentiasa ada di dalam hati dan membasahi lidah kita....



Alunan merdu dari Qari kecil MUHAMMAD TAHA BAJUNAID



http://www.youtube.com/watch?v=Foyeh5ncKVI

Anda juga boleh mendengar melalui widget AL-QURAN di sebelah kiri blog ini (listen2quran.com) atau link dengan AL-QURAN ON LINE di bawah blog ini.

Wassalam...

RoSniZa JuSoh

Sunday, July 11, 2010

BEKALAN MATI

amal jariah ku
(since 28/12/2010)



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Assalamualaikum w.b.t

BEKALAN MATI. MP3 -Untuk anda download

Apakah bekalan ku untuk mati? Bersediakah aku sekiranya aku mati sekarang? Marilah kita sama-sama mendengar tazkirah yang disediakan ini. Semoga sedikit sebanyak menjadi bekalan jua untuk ku bila mati nanti walaupun sekadar berkongsi. Tidak ku mampu untuk menulis kitab sebagai ulamak... Tidak ku layak untuk memberi ceramah... aku tiada tauliah... Untuk hari ini, ini yang ku mampu...

SALAM PERKENALAN

website-hit-counters.com
Provided by amal jariah ku
(since 28/12/2010)
.



Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah… Allah S.W.T masih memberi nyawa kepada ku hari ini… Memberi peluang untuk hamba Mu ini bertaubat dari dosa-dosa semalam… Sesungguhnya hamba Mu ini tidak terhitung dosa yang telah ku lakukan… Berilah hamba Mu ini keampunan…
Di ruangan ini aku bermula sebagai salah satu wadah untuk ku berkongsi sesuatu kepada diri ku, suami ku, anak-anak ku( Alif, Adlina, Aqila & Arif ), keluarga ku dan sesiapa sahaja yang terbaca ruangan ini, agar sama-sama mendapat manfaat dan diredhai Allah S.W.T.
Sedikit coretan apa yang ku rasa… Kadang kala aku tahu aku berdosa dan sebagai hamba Mu tidak terlepas dari sentiasa berdosa… Ku memohon keampunan dari Mu Ya Allah… Ku ingin menjalani kehidupan di atas Jalan Mu Ya Allah… Mencari Redha Mu Ya Allah… Cuba untuk mengenal diri ku dan cuba untuk MENGENAL DIRI MU… Melakukan amal-amalan yang baik untuk sehari dua itu mudah dilakukan tetapi… untuk ISTIQAMAH itu yang ku rasa sukar…
Aku ingin memperelokkan amalan ku… tetapi kadang-kadang aku tewas dengan bisikan syaitan atau nafsu ku … Ya Allah ampuni daku… Berilah aku kekuatan untuk bermujahadah di Jalan Mu… Aku masih mencari-cari ketenangan hati yang sejati dari Mu Ya Allah… Bimbinglah daku dengan Hidayah Mu, Petunjuk Mu… Jauhilah aku dari jalan yang sesat atau menjadi orang yang tertipu dengan tipu daya syaitan dan pengikutnya… Amiiin…
Wassalam...
ROSNIZA JUSOH (rose-lie)